Benarkah JUMLAH Lelaki di Malaysia Tidak Subur @ Mandul Semakin MENINGKAT???

Setiap pasangan yang telah berkahwin inginkan cahaya mata bagi menyerikan kehidupan rumah tangga. Bagi mencapai impian tersebut, kesuburan setiap pasangan (lelaki dan wanita) adalah faktor yang amat penting untuk mendapatkan zuriat.

Kebiasaannya, pada zaman dahulu, jika pasangan tersebut tidak mendapat zuriat, para isteri selalu dipersalahkan. Tetapi pada zaman sekarang, dengan teknologi dan perubatan yang semakin maju, adalah digalakkan lelaki dan wanita yang inginkan zuriat untuk membuat pemeriksaan kesihatan kesuburan.

Punca ketidaksuburan lelaki:

1. Gaya hidup

Gaya hidup termasuk pemakanan yang tidak seimbang dan sihat seperti daging proses, minuman berkarbonat serta makanan ringan akan menurunkan kualiti dan jumlah sperma dihasilkan. Selain itu stres, pengambilan alkohol, dadah atau kafein juga mempengaruhi kesuburan lelaki.

2. Berat badan berlebihan dan obesiti

Kajian menunjukkan lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan mengalami paras testosteron 24 peratus lebih rendah berbanding lelaki biasa, manakala lelaki obes mempunyai tahap 26 peratus lebih rendah testosteron

3. Pemakaian seluar yang ketat

Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang sering memakai seluar longgar mempunyai jumlah sperma dan kepekatan tinggi berbanding yang memakai seluar ketat.

4. Persekitaran dan pekerjaan

Pekerjaan yang terdedah kepada suhu atau persekitaran yang panas turut mempengaruhi pengeluaran kuantiti dan kualiti sperma. Pekerjaan yang memerlukan duduk lama di suatu tempat juga akan beri kesan apabila haba di tempat duduk menjejaskan pembentukan sperma.

5. Radiasi

Pendedahan elektromagnet radiasi daripada telefon bimbit yang diletakkan di dalam kocek seluar memberi kesan kepada kesuburan lelaki kerana kajian mendapati sperma yang dihasilkan mempunyai kualiti rendah.

6. Jangkitan kuman atau beguk

Jangkitan kuman di testis boleh menyebabkan ketidaksuburan bagi lelaki, terutamanya penyakit beguk. Beguk yang disebabkan virus Paramyxovirus biasanya membabitkan kelenjar parotid tetapi boleh merebak ke bahagian testis. Ini akan mengganggu kualiti sperma dan mempunyai risiko kecil untuk kesan jangka masa panjang.

7. Sistem reproduktif lelaki tidak sempurna (sama ada sejak dilahirkan, masalah rembesan endokrin, disebabkan trauma ataupun jangkitan kuman).

  •  Ketiadaan vas deferens (tiub panjang yang menyalurkan sperma)
  • Sperma tidak boleh keluar melalui pancutan air mani. Ini menyebabkan air mani tidak mengandungi sperma apabila dianalisis.
  • Air mani tidak dapat dikeluarkan disebabkan vas deferens tersumbat dan mengalir balik ke dalam pundi kencing.
  • Paras hormon testosteron rendah akan menyebabkan lelaki ejakulasi pramatang dan lemah libido.
  • Salur darah pada testis timbul. Keadaan ini boleh mengakibatkan aliran darah tidak lancar dan boleh merosakkan epidimis dan mengurangkan jumlah sperma

8. Usia

Kadar keguguran juga adalah lebih tinggi sekiranya pasangan wanita berjaya hamil dengan lelaki yang sudah berusia.Pemantauan rapi daripada doktor diperlukan supaya risiko keguguran dapat dikurangkan. Penambahan usia juga mungkin mengundang penyakit yang lain seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan jantung yang secara tidak langsung memberi kesan kepada kesihatan.

Keadaan semakin membuat kita terkejut apabila kita melihat data Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada tempoh 2010 hingga 2019 menunjukkan kira-kira 60% ujian analisis sperma mencatat keputusan abnormal. Rupanya ramai yang tidak sedar mereka mengalami masalah kesuburan walaupun hampir 95% lelaki dapat menjalinkan hubungan seksual secara normal.

Keadaan semakin membimbangkan apabila kajian daripada antarabangsa menjangkakan masalah kesuburan di kalangan lelaki semakin meningkat dalam tempoh 20 tahun.

Kerana risau akan kebimbangan ini, dan memberi harapan lelaki untuk mengatasi masalah kesuburan, kami telah mengeluarkan produk supplemen US Clinicals® Strong Fertile. Produk supplemen ini khas untuk para lelaki yang mencari produk yang selamat dan diyakini untuk mengatasi masalah kesuburan dengan memastikan sperma subur, sihat dan lebih kuat.

US Clinicals® Strong Fertile terbukti berkesan secara saintifik, dan ia juga membantu menyokong fungsi seksual dengan mengekalkan tahap testosteron yang sihat. Ia adalah formula bebas hormon dan berasaskan tumbuhan.

Dengan pengambilan 2 biji kapsul setiap hari, US Clinicals® Strong Fertile membantu :

• Mengekalkan tahap testosteron yang sihat
• Meningkatkan libido dan kesihatan lelaki
• Sperma lebih kuat dan berkualiti
• Menyokong kesuburan lelaki
• Menyokong kesihatan sperma

Untuk Pembelian

Untuk maklumat lebih lanjut dan urusan pembelian, sila layari link di bawah:

Lazada Hi-Beau>>> https://bit.ly/34Mmu2V

Shopee Hi-Beau>>> https://bit.ly/3CLosgw

Lazada US Clinicals>>> https://bit.ly/2SSt2nd

Lazada SGS>>> https://rb.gy/dxndhw

Website>>>www.hibeau.com.my


Leave a comment