Penjagaan Mata untuk Kanak-kanak & Dewasa dengan ALAVIE® Nutrix-EyePro

Dikarang oleh: Mardiana , Nutritionist

Tahukah anda bahawa mata manusia mampu menyerap & memproses lebih daripada 10 juta informasi dalam sesaat? Mata anda adalah organ yang paling penting bagi manusia kerana ia berfungsi mengesan rangsangan cahaya. Mata berhak mendapat perhatian selari dengan organ penting lain kerana kesihatan mata menentukan tahap kualiti hidup seseorang. Penglihatan yang baik adalah bermula dari zaman kanak-kanak lagi.

Masalah penglihatan kanak-kanak sering diabaikan kerana mereka terlalu muda untuk mengadu atau memahami sifat sebenar penglihatan yang jelas atau kabur. Berdasarkan kajian dari Segamat Peadiatric Eye Disease, 2016, 1 dalam 10 kanak-kanak di Malaysia mempunyai masalah penglihatan yang tidak di diagnosis bermula pada umur antara 4 & 6 tahun. Masalah yang serius di kalangan kanak-kanak pra-sekolah dengan 7.5% (12 daripdada 161 kanak kanak mengalami cacat penglihatan) dikesan sebagai amblyopia (lazy eye).

Bagi yang dewasa pula, berdasarkan dari sumber Data statistik Malaysia, National Eye Census tahun 2014, sebanyak 413,000 rakyat Malaysia berumur lingkungan 50 tahun ke atas mengalami beberapa jenis masalah penglihatan manakala 113,000 buta kekal, dengan 43,000 kes menyebabkan katarak yang teruk.  Dari sumber National Malaysia Survey 2018, 15,000 individu telah diperiksa dalam ujian buta & 58.6% daripada mereka di diagnos dengan katarak kerana tidak melakukan sebarang rawatan.

Masalah penglihatan yang dialami oleh mata boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan:

1) Gangguan mata:

Ia merujuk kepada keadaan mata yang tidak normal yang memberi kesan kepada penglihatan & keupayaan mata untuk berfungsi dengan baik.

2) Gejala mata:

Ini adalah gejala penglihatan biasa yang mempunyai punca sama ada penyakit mata atau gangguan mata. Penglihatan kabur, ketegangan mata & lain-lain yang mungkin merupakan gejala masalah mata yang lebih serius.

3) Penyakit mata:

Penyakit mata adalah masalah yang disebabkan oleh tindak balas badan anda terhadap faktor dalaman atau luaran. Sesetengah penyakit mata termasuk glaukoma, keratoconus, & degenerasi makula.

Simptom Masalah Penglihatan

Bergantung kepada diagnosis penyakit mata yang dialami, individu yang menghidap masalah mata boleh menunjukkan tanda atau simptom seperti:

Apakah faktor risiko bagi masalah mata?

  • Kebanyakan masalah mata boleh diwariskan kepada anak. Maka jika anda mempunyai ibu bapa dengan masalah penglihatan, anda berisiko tinggi untuk mendapat masalah yang sama.
  • Tidak jaga mata pada situasi tertentu. Sebagai contoh, tidak memakai kaca mata hitam semasa di bawah sinaran terik cahaya matahari.
  • Individu obes mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap masalah kencing manis justeru, meningkatkan risiko buta.
  • Hipertensi merupakan faktor risiko yang boleh menyebabkan komplikasi penglihatan.
  • Tidak mengendahkan simptom yang dialami. Akibatnya, masalah penglihatan menjadi semakin teruk kelak.

Kebanyakkan ibu bapa tidak menyangka seawal usia prasekolah lagi anak mereka menghadapi masalah penglihatan. Perkara ini akan berlanjutan tahun ke tahun & akhirnya jadi semakin teruk kerana tiada penjagaan awal mata & ia amat membimbangkan. Manakala peringkat dewasa malangnya, ada banyak kes di mana masalah penglihatan tidak dikesan kerana kurang kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan pemeriksaan mata berkala.

Kerana risau akan kebimbangan ini, & memberi harapan untuk penjagaan awal mata & membantu mengatasi sebarang masalah kesihatan mata, 𝐀𝐋𝐀𝐕𝐈𝐄® telah menghasilkan produk suplemen baru iaitu 𝐀𝐋𝐀𝐕𝐈𝐄® Nutrix-EyePro! Produk suplemen ini khas untuk golongan kanak kanak & dewasa yang mana mencari produk yang selamat & diyakini untuk mengatasi sebarang masalah mata dengan memastikan mata dalam keadaan yang baik.


𝐀𝐋𝐀𝐕𝐈𝐄® Nutrix-EyePro
Nutrisi baik untuk Melindungi & Melegakan Ketegangan Mata Digital serta Mengekalkan Penglihatan yang Sihat

100% Formulasi Semulajadi

Ramuan Premium, Terbukti Secara Saintifik & yang Dipatenkan:

Bilberon™ (Ekstrak Bilberry), XanMax® (Lutein & Zeaxanthin), NatAxtin® (Astaxanthin) & Vitamin C

Jus Anggur Hitam yang sedap

Terbukti berkesan dalam masa 6 Minggu!

Sesuai untuk dewasa & kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas

Kelebihan utama 𝐀𝐋𝐀𝐕𝐈𝐄® Nutrix-EyePro:

  • Menyokong penglihatan yang sihat & Perkembangan visual
  • Memberi kelegaan pada mata & Menghalang mata dari kering
  • Meningkatkan penglihatan waktu malam & Ketajaman visual
  • Memberi visual yang lebih Jelas & Fokus
  • Mencegah dari stres oksidatif & Keradangan mata
  • Melindungi mata dari sinaran digital biru yang bahaya
  • Mencegah Age-related macular degeneration (AMD) (Biasanya terjadi pada orang tua)

Individu yang memerlukan?

  • Penggunaan komputer & telefon pintar setiap hari
  • Pemakaian kanta sentuh yang lama
  • Gangguan night vision apabila memandu pada waktu malam atau hari hujan
  • Mata cepat kering & letih
  • Mata Terapung, kabur & rabun
  • Penyakit mata: katarak, glaukoma, AMD & lain-lain
  • Menjaga penglihatan yang sihat

Cara pengambilan:

Bagi kanak -kanak berumur 4 tahun ke atas ambil ½ atau 1 bungkus selepas makan setiap hari. Bagi dewasa ambil 1 – 2 bungkus selepas makan setiap hari bagi dewasa. Campurkan dengan 100-150ml air suhu bilik, kacau rata & minum. Setelah buka bungkusan, sebaiknya ambil dalam masa 30minit.

Kesimpulannya

Mata adalah organ yang sangat penting. Tanpanya, manusia tidak dapat melihat & pelbagai perkara tidak boleh dijalankan dengan baik. Sebab itulah anda perlu jaga mata anda dengan baik!

Untuk Pembelian

Untuk maklumat lebih lanjut dan urusan pembelian, sila layari link di bawah:

Lazada Hi-Beau>>> https://goo.gl/gvq2uW
Shopee Hi-Beau>>> https://goo.gl/MMsQEh
Shopee Alavie >>> https://bit.ly/3fAVtBS
Lazada Alavie >>> https://bit.ly/3tVVvKz

Leave a comment