Amalkan gaya hidup sihat dengan ALAVIE® Nutrix – BrainActiv untuk meningkatkan kecerdasan otak serta tahap kesihatannya.

Otak kita bukan sahaja bertanggungjawab untuk mengawal setiap pergerakan & memastikan kehidupan terkawal malah turut berfungsi mengawal tindak balas kognitif, reseptor deria serta mengingati hari ulang tahun ahli keluarga anda. Kesihatan otak mengurangkan faktor risiko, memastikan minda aktif & otak sihat apabila anda semakin tua. Malah kesihatan otak sama pentingnya dengan kemampuan kita untuk berfikir, bertindak & hidup dengan baik. Tabiat-tabiat buruk boleh menjejaskan kesihatan otak kita walaupun pada luarannya kita tidak mengalami sebarang perubahan yang jelas.

Berikut adalah lima tabiat buruk yang mampu merosakkan otak anda yang boleh dihindari:

1. Tidak Mengambil Sarapan

Makan pagi sebenarnya amat penting untuk kita menjalankan aktiviti seharian. Tidak bersarapan boleh menyebabkan tahap gula dalam darah rendah. Lalu, ia boleh merosakkan otak kita. Hal ini kerana otak menggunakan tenaga yang lebih banyak berbanding dengan organ badan lain.

2. Stress Melampau

Tekanan atau stress kadang kala bagus untuk badan kerana ia membuatkan kita bersedia untuk fight (melawan) atau flight (menghindar), respon yang dikenali sebagai fight-or-flight  sekiranya berhadapan dengan bahaya.Walau bagaimanapun, tekanan melampau boleh menyebabkan kerosakan otak akibat pengumpulan hormon kortisol di otak.Malah, ia juga boleh membunuh sel-sel otak & menyebabkan ia mengecil! Anda boleh baca 5 cara terbaik untuk menghilangkan stress.

3. Kurang Tidur

Tidur yang tidak mencukupi akan mengurangkan kebolehupayaan anda untuk berfungsi dengan baik. Selain itu, kurang tidur akan melemahkan deria dan refleks anda. Sekiranya anda terlalu sibuk untuk mendapat tidur yang cukup, ingat bahawa anda tidak akan dapat melakukan prestasi yang terbaik selagi anda tidak mementingkan tidur anda.

4.Penyahhidratan

Badan kita mengandungi 70% air, jadi adalah penting untuk kita sentiasa terhidrat lebih-lebih lagi untuk fungsi otak.Bukan itu saja, kesan penyahhidratan juga berlaku dengan pantas. Kajian mendapati, setelah bersenam berat selama dua jam tanpa air boleh menyebabkan kemerosotan kognitif. Malah, kekurangan air memberi kesan kepada fungsi seperti fokus, penyelesaian masalah kompleks & juga koordinasi.

5.Terlebih Makan

Tabiat terlebih makan juga boleh merosakkan otak anda. Menurut kajian, terdapat kaitan antara obesiti & demensia. Hal ini dipercayai berlaku apabila makanan yang kita ambil kurang nutrisi, justeru menyebabkan keinginan untuk makan lebih. Tambahan pula ia berlaku apabila badan memerlukan lebih banyak vitamin & mineral. Oleh itu, walaupun anda sudah makan banyak, anda masih mampu membuat otak anda lapar.

Penyakit dan gangguan otak termasuk:

Kemurungan (Kesihatan mental)

Demensia (Penyakit Vaskular)

Cepat lupa (Keradangan Otak)

Gegaran otak
(Kecederaan tisu otak)

Malnutrisi (Kekurangan vitamin & Nutrisi)

Parkinson (Penyakit degeneratif)

Otak anda sentiasa “hidup.” Ini bermakna otak anda memerlukan bekalan bahan api yang berterusan. “Bahan api” itu datang daripada makanan yang anda makan & kandungan bahan api itu membezakannya. Otak anda boleh rosak jika anda mengambil apa-apa selain nutrien yang baik. Nutrisi yang baik telah dirujuk sebagai salah satu faktor persekitaran terbesar pada bayi dalam kandungan, & ia kekal penting sepanjang masa bayi & tahun-tahun awal perkembangan kanak-kanak. Keseimbangan nutrien yang betul semasa peringkat awal kehidupan adalah penting untuk perkembangan otak, menggalakkan perkembangan kognitif lama ke peringkat dewasa kita. Semua kekurangan nutrien memberi kesan kepada perkembangan otak & fungsi kognitif. Oleh itu, untuk mendapatkan fungsi normal & mengekalkan kesihatan otak sepanjang tempoh adalah penting dengan  mempunyai jumlah nutrien yang mencukupi.

Jadi jangan risau lagi 𝗔𝗟𝗔𝗩𝗜𝗘® 𝗡𝘂𝘁𝗿𝗶𝘅-𝗕𝗿𝗮𝗶𝗻𝗔𝗰𝘁𝗶𝘃 boleh membantu mengekalkan kesihatan otak anda!

𝗔𝗟𝗔𝗩𝗜𝗘® 𝗡𝘂𝘁𝗿𝗶𝘅-𝗕𝗿𝗮𝗶𝗻𝗔𝗰𝘁𝗶𝘃

Ia mengandungi 100% Formula Ransangan Otak Semulajadi. Nutrisi baik untuk menyokong prestasi otak yang optimum & perkembangan kognitif. Mengandungi bahan premium seperti 𝗖𝗵𝗼𝗹𝗶𝗳𝗲® (𝗟-𝗖𝗵𝗼𝗹𝗶𝗻𝗲𝗕𝗶𝘁𝗮𝗿𝘁𝗿𝗮𝘁𝗲𝗔𝘀𝗹𝗶) + 𝗟-𝗧𝗵𝗲𝗮𝗻𝗶𝗻𝗲 + 𝗗𝘂𝗿𝗢𝗺𝗲𝗴𝗮® 𝗦𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝗗𝗛𝗔 + 𝗦𝗵𝗮𝗿𝗽-𝗣𝗦® (𝗣𝗵𝗼𝘀𝗽𝗵𝗮𝘁𝗶𝗱𝘆𝗹𝘀𝗲𝗿𝗶𝗻𝗲) + 𝗖𝗲𝗿𝗲𝗯𝗼𝗼𝘀𝘁® (𝗘𝗸𝘀𝘁𝗿𝗮𝗸𝗚𝗶𝗻𝘀𝗲𝗻𝗴𝗔𝗺𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮) terbukti berkesan secara scientifik. Rasa yang sedap dari jus mangga, pic & limau  & terbukti berkesan dalam masa 4 Minggu! Sesuai untuk semua dewasa & kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.

𝗞𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗮𝗻 𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮:

  • Menyokong perkembangan minda yang sihat
  • Mengalakkan pengaliran darah yang baik ke otak
  • Menyuburkan, membaiki & melindungi sel-sel otak
  • Meningkatkan kognitif & keupayaan pembelajaran
  • Meningkatkan daya ingatan & fikiran yang jelas
  • Mengalakkan fokus, berwaspada & perhatian
  • Fikiran yang tenang, kurangkan tekanan & kebimbangan
  • Memperlahankan gangguan memori berkaitan usia
  • Mencegah kemerosotan kognitif ringan (Alzheimer’s) & Gangguan perkembangan saraf(ADHD, autisme).

𝗖𝗮𝗿𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻:

Bagi kanak-kanak 4 tahun ke atas ambil ½ – 1 bungkus setiap hari selepas makan. Manakala untuk dewasa ambil 1-2 bungkus setiap hari selepas makan. Campurkan dengan air suhu bilik 100-150ml, kacau & minum.

Kesimpulannya:

Dengan 𝗔𝗟𝗔𝗩𝗜𝗘® 𝗡𝘂𝘁𝗿𝗶𝘅-𝗕𝗿𝗮𝗶𝗻𝗔𝗰𝘁𝗶𝘃 ia dapat membantu perkembangan kognitif dan mengekalkan kesihatan otak anda untuk semua dewasa dan kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas !

Untuk Pembelian

Sila layari link di bawah:

Lazada Hi-Beau>>> https://goo.gl/gvq2uW
Shopee Hi-Beau>>> https://goo.gl/MMsQEh
Shopee Alavie >>> https://bit.ly/3fAVtBS
Lazada Alavie >>> https://bit.ly/3tVVvKz

Leave a comment